
Oystercomic.blogspot adalah kesinambungan dari Oyster Comic and Art zine. Zine yang hanya mampu bertahan di pentas diy punk hardcore sehingga #3 sahaja. Diterajui oleh 3 anak muda kelahiran pekan Ulu Tiram.
Ismail Arsad (pelukis utama),
Idzwan Latif (co-editor) dan juga
Mukhriz Latif (editor). Mengambil jalan mudah dengan menamakan zine ini “OYSTER” ataupun dalam bahasa melayunya “TIRAM” adalah tanda kecintaan 3 anak muda ini kepada pekan kelahiran mereka, Ulu Tiram.
Oyster Comic diwujudkan sekitar 2002 atas dasar cinta pada seni, tak lebih dari itu semua. Sekurang-kurangnya kita semua punya tempat untuk ekspresi bakat kurniaan Tuhan (lukisan, penulisan). –blogspot, fotopages etc masih belum wujud ketika ini.
Oyster Comic juga pernah mendapat tempat di hati gadis-gadis apabila ramai yang menghantar surat-surat cinta mereka tanda sokongan mereka pada zine ini. Ada juga yang sudi menghantar gambar dengan tujuan perhubungan yang lebih serius (Ini kena tanya Mukhriz).
5 tahun Oyster Comic senyap tanpa berita. Masih wujud kah gadis-gadis yang menghantar gambar-gambar “manja” pada Oyster Comic satu masa dulu? Masihkah ada sinar untuk Oyster Comic #4? Atau Oyster Comic terus berkubur? Sama-sama kita nantikan. Kewujudan oystercomic.blogspot adalah titik tolak wujudnya semula Oyster Comic and Art zine....