Tuesday, March 31, 2009

berat mata memandang berat lagi badan reza



kenapa reza lompat tak tinggi?
aku percaya korang tahu jawapannya...





Sunday, March 29, 2009

riwayat tamat

lepas ni pihak berwajib mukim sungai tiram dan yang sewaktu dengannya dah boleh turunkan papan tanda nih dah..sakit mata orang kampung tengok..



gua dengar driver teksi sungai tiram banyak terlajak masa ambil selekoh sebab sms semasa memandu.



Imbas Kembali

Apa barang pakai beg pinggang sama bela kumis?

Tuesday, March 24, 2009

Oyster Comic and Art zine



Oystercomic.blogspot adalah kesinambungan dari Oyster Comic and Art zine. Zine yang hanya mampu bertahan di pentas diy punk hardcore sehingga #3 sahaja. Diterajui oleh 3 anak muda kelahiran pekan Ulu Tiram. Ismail Arsad (pelukis utama), Idzwan Latif (co-editor) dan juga Mukhriz Latif (editor). Mengambil jalan mudah dengan menamakan zine ini “OYSTER” ataupun dalam bahasa melayunya “TIRAM” adalah tanda kecintaan 3 anak muda ini kepada pekan kelahiran mereka, Ulu Tiram.

Oyster Comic diwujudkan sekitar 2002 atas dasar cinta pada seni, tak lebih dari itu semua. Sekurang-kurangnya kita semua punya tempat untuk ekspresi bakat kurniaan Tuhan (lukisan, penulisan). –blogspot, fotopages etc masih belum wujud ketika ini.

Oyster Comic juga pernah mendapat tempat di hati gadis-gadis apabila ramai yang menghantar surat-surat cinta mereka tanda sokongan mereka pada zine ini. Ada juga yang sudi menghantar gambar dengan tujuan perhubungan yang lebih serius (Ini kena tanya Mukhriz).

5 tahun Oyster Comic senyap tanpa berita. Masih wujud kah gadis-gadis yang menghantar gambar-gambar “manja” pada Oyster Comic satu masa dulu? Masihkah ada sinar untuk Oyster Comic #4? Atau Oyster Comic terus berkubur? Sama-sama kita nantikan. Kewujudan oystercomic.blogspot adalah titik tolak wujudnya semula Oyster Comic and Art zine....

Biarkan Ianya Terjadi


Korang semua mesti masih ingat dengan watak Harith ni kan? (watak dalam comiczine ni dulu). kewujudan blog zine ni seolah-olah memanggil aku untuk melukis semula watak-watak dari komik "Biarkan Ianya Terjadi" ni semula.. insyaallah, akan datang jika semangat aku dah kembali pulih.. aku akan hidangkan korang dengan komik-komik baru, atau jika diizinkan, aku pasti menyambung semula komik yang dah lama tergantung ni.. insyaallah..

Saturday, March 21, 2009

1 Rancangan Khas 2 : 1998

Duduk dari kiri: Gua, Mael Katak, Iyan Loser, OBRI AF7,

Apa cerita?

Wednesday, March 18, 2009

kalau dah kacak tu kacak jugak!

tak gitu?

lokasi : jalan dhobi, jb